Isnin 22 April 2019

Majlis ini memberi penghargaan kepada warga MPI yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam tahun penilaian. Ia juga menjadi pemangkin kepada warga MPI untuk menjadi penjawat awam yang lebih berdedikasi. Turut disampaiakan adalah Anugerah Khas Ketua Setiausaha MPI.

“Pada pagi ini kita akan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga MPI yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2018, khasnya dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan, dan memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan dan rakyat.

Seramai 21 orang warga MPI yang dipilih akan di beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan 5 orang penerima Anugerah Khas KSU yang merupakan satu bentuk penghargaan dalaman baharu yang diwujudkan di MPI.

Bertepatan dengan tema APC tahun ini "Kecemerlangan Hari ini, Kegemilangan Masa Hadapan", saya yakin kejayaan penerima APC tahun 2018 akan menjadi pembakar semangat dan aspirasi kepada semua warga MPI untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada tahun ini dan tahun yang mendatang,” kata YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama pada Majlis Perhimpunan Bulanan MPI Bilangan ke 3 bagi tahun 2019 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2018.