Ahad 16 Jun 2019

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

Pada tahun 1999, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam. Melalui pekeliling ini setiap kementerian dan jabatan diharapkan dapat menubuhkan Unit Perkhidmatan Kaunseling secara formal dan terancang. Sementara Pegawai Kaunseling yang dilantik terdiri daripada pegawai-pegawai sedia ada dan mereka perlu diberi latihan kemahiran asas kaunseling. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber manusia Sektor Awam secara khusus telah memasukkan elemant perlaksanaan AKRAB di Agensi Awam. Bagi memenuhi keperluan ini, Bahagian Perkhidmatan Psikologi telah menyediakan 2 tahap modul Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) untuk digunakan oleh kementerian dan jabatan dalam melatih ahli yang bakal dilantik sebagai AKRAB. Setiap modul dilaksanakan selama 3 hari. Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan dan pemahaman berhubung fungsi dan peranan kaunseling kepada pegawai dalam perkhidmatan awam.

Pegawai-pegawai yang telah tamat melalui dua tahap kursus peningkatan kemahiran kaunseling tersebut layak di tauliah oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dengan nombor pendaftaran AKRAB serta boleh berfungsi sebagai rakan pembimbing kepada agensi dimana mereka bertugas.