Jumaat 19 Julai 2019

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

BICARA KENAF

1. LATAR BELAKANG

1.1 Merupakan kaedah turun padang secara langsung LKTN untuk bertemu dengan kumpulan sasar sebagai sebahagian dari program promosi industri kenaf.

1.2 Program ini juga merupakan Hari Bertemu Pelanggan di mana pihak pengurusan LKTN dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah di lapangan secara terus.

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Menarik minat kumpulan sasar terutama bekas-bekas penanam tembakau,kumpulan B40 atau kumpulan masyarakat seperti persatuan
penduduk atau NGO untuk menyertai industri kenaf


2.2 Mempromosikan program-program baharu LKTN


2.3 Mengenalpasti kesesuaian program industri yang boleh dilaksanakan seperti penanaman atau program-program lain seperti sejuta Kenaf ataupun KUR.


2.4 Menyelesaikan masalah diperingkat akar umbi kumpulan sasar


2.5 Ramah mesra antara rakyat dengan pemimpin tempatan

 

3. KAEDAH PELAKSANAAN


3.1 Melibatkan Pengurusan Tinggi LKTN atau pemimpin tempatan sekiranya perlu


3.2 Pertemuan santai di warung-warung, balairaya, madrasah atau kumpulan masyarakat dalam skala kecil dan tidak formal.


3.3 Penyampaian maklumat dan isu-isu semasa industri kenaf


3.4 Mengambil maklumat masalah yang berbangkit untuk tindakan penyelesaian secara terus


3.5 Pendaftaran penanam bagi yang berminat


3.6 Mini pameran (jika sesuai)