Isnin 27 Mei 2019

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

AKTA LKTN

Soalan 1 : Apakah Akta LKTN?

Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] 

 

Soalan 2 : Apakah Perundangan Subsidiari di bawah akta?

i. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau)

ii.Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Pelesenan Kenaf dan Keluaran Kenaf Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan      Tembakau Negara 2011 (Gred dan Harga Minimum) (Tembakau Diawet)

 

Soalan 3 : Apakah objektif LKTN di bawah akta?

Objektif Lembaga adalah:

i.   Untuk menggalakkan dan membangunkan industri kenaf;

ii.  Untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur;

iii. Untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaraskan semua aktiviti yang berhubungan dengan industri tembakau; dan

iv. Untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi mereka yang terlibat dalam industri kenaf dan industri tembakau. 

 

Soalan 4 : Apakah fungsi LKTN?

i.  Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju industri kenaf

ii. Untuk melaksanakan dasar dan mengawal selia industri tembakau;

    (Sila rujuk Seksyen 4 Akta bagi fungsi yang lebih terperinci)