• Ikut Kami: social media social media social media social media social media Pilihan Warna: yellow blue red default Pilihan Bahasa: bahasa english Lain-lain Saiz Teks:
    A+ A A-
  • Slide
    Image 3
         SELAMAT DATANG KE LAMAN BARU
       LEMBAGA KENAF DAN
       TEMBAKAU NEGARA
  • Slide

     

    SELAMAT DATANG KE LAMAN BARU LKTN
    SEGALA MAKLUMAT KENAF DAN TEMBAKAU TERDAPAT DI SINI

     

  • Slide

     

     

  • Slide

     

     

  • Slide

     

     

  • Slide

     

     

  • Slide
  • Slide

     

     

 
 
SEJARAH

Ketahui sejarah dan tujuan penubuhan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di sini.

Lihat Sepenuhnya    

icon SEJARAH

KENAF

Dapatkan pelbagai informasi mengenai industri kenaf di Malaysia di sini.

Lihat Sepenuhnya

icon KENAF

TEMBAKAU

Dapatkan pelbagai informasi mengenai industri tembakau di Malaysia di sini.

Lihat Sepenuhnya

icon TEMBAKAU

S1

Apa itu tanaman kenaf ?

J1

Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas. Tanaman ini turut diusahakan di China, Myanmar, dan Indonesia

   

S2

Bagaimanakah tanaman kenaf diperkenalkan di Malaysia?

J2

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kenaf di Malaysia yang telah bermula pada tahun 2000 oleh MARDI, LGM, MPOB dan UPM.
Penanaman kenaf mula diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai tanaman pengenalan (familiarisation crop). Verifikasi tanaman telah dilaksanakan di negeri Kelantan dan Terengganu di atas tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) yang sebelum ini diusahakan dengan tanaman tembakau. Tanaman kenaf dikembangkan ke seluruh Malaysia pada tahun 2010.

   

S3

Di manakah tanaman kenaf diusahakan ?

J3

Tanaman kenaf bagi pengeluaran serat (fiber) dan empulur (core) mula diusahakan secara besar-besaran di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Manakala tanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih dilaksanakan di negeri Kedah dan Perlis.

   

S4

Apakah syarat-syarat minimum bagi penanaman kenaf?

J4

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;

ii. Ada atau dapat menyediakan kawasan tanaman dan berdaftar dengan LKTN

   

S5

Bagaimana keadaan tanah yang sesuai untuk tanaman kenaf?

J5

Permukaan tanah yang rata dan tahap pH tanah yang optimum adalah 5.5 hingga 6.5.

   

S6

Apakah jenis varieti tanaman kenaf yang digunakan di Malaysia?

J6

i.V36

ii.KB6

iii.FH992

   

S7

Berapa lamakah hasil tanaman kenaf boleh dituai?

J7

Purata anggaran hasil sehekta bagi batang kenaf ialah 5 hingga 10 tan. Manakala anggaran hasil bagi biji benih ialah 300 hingga 350kg.

   

S8

Siapakah yang akan membeli hasil kenaf daripada pekebun kecil?

J8

LKTN menguruskan semua aktiviti berkaitan jual beli hasil kenaf daripada pekebun kecil. Oleh itu, jaminan belian hasil kenaf telah disediakan oleh LKTN.

   

S9

Berapakah pendapatan yang diperolehi daripada penanaman kenaf ini?

J9

Pendapatan yang diperolehi adalah bergantung kepada jumlah hasil sehektar tanaman kenaf yang mampu mencapai RM5,000 sehektar semusim.

   

S10

Apakah produk yang boleh dihasilkan dari kenaf?

J10

(a)Produk yang dihasilkan dari serat kenaf

i.Penghasilan Komponen automotif seperti bumper,insulator dan dashboard.

ii.Tekstil

iii.Non-wooven

iv.Tali

v.Barangan Kraf

(b)Produk yang dihasilkan dari empulur kenaf

i.Pulpa dan Kertas

ii.Perabot

iii.Bahan binaan komposit seperti panel, siling dan papan serpai

   

S11

Saya berminat menanam kenaf, apakah yang perlu saya lakukan?

J11

Anda perlu menghubungi atau pergi ke pejabat kawasan dan negeri yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawai LKTN. Pemeriksaan kawasan tanaman akan dilakukan oleh pegawai LKTN terlebih dahulu untuk mengenal pasti kesesuaian kawasan tanaman. Sekiranya kawasan tersebut sesuai untuk diusahakan dengan tanaman kenaf, anda perlu berdaftar sebagai penanam dengan LKTN untuk mendapatkan insentif.

   

S12

Apakah insentif yang diberi oleh LKTN?

J12

LKTN akan memberi insentif kepada pekebun kecil dalam bentuk input pertanian seperti biji benih, baja dan kimia pertanian dan dalam bentuk perkhidmatan mekanisasi bagi kerja-kerja penyediaan tanah dan penanaman yang bernilai RM2,385 sehektar. Setiap penanam yang berdaftar layak untuk menerima insentif untuk tanaman seluas 2 hektar semusim.

Penafian    Dasar Keselamatan    Dasar Privasi    Bantuan Pengguna    Soalan Lazim    Log Masuk
Hakcipta Terpelihara © 2014 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: +609-766 8000 | Faksimili: +609-766 8071 | Emel: admin[@]lktn.gov.my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar dengan resolusi 1024 x 768 piksel.
Tarikh Kemaskini:
22/10/2017