• Ikut Kami: social media social media social media social media social media Pilihan Warna: yellow blue red default Pilihan Bahasa: bahasa english Lain-lain Saiz Teks:
    A+ A A-
  • Slide
    PROFIL LKTN
 
 

Fungsi

  • Untuk melaksanakan dasar dan program pembangnan bagi menjamin daya maju industri kenaf;
  • Untuk melaksanakan dasar bagi mengawal selia industri tembakau;
  • Mengawal selia harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu tembakau boleh dijual selain untuk eksport;
  • Untuk memberi perkhidmatan teknikal,nasihat,perundingan dan yang berkaitan kepada industri kenaf dan industi tembakau;
  • Untuk berhubung dan menyelaras dengan Kerajaan Negeri yang berkaitan dan badan lain dalam menjalankan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan industri kenaf atau industri tembakau yang disifatkannya perlu termasuk menjadi anggota persatuan di dalam atau di luar Malaysia demi kepentingan industri kenaf industri tembakau;
  • Untuk menimbang,mengalakkan dan mengambil langkah bagi mencegah berlakunya dan merebaknya penyakit yang memberi kesan kepada kenaf dan tembakau;
  • Untuk mendaftarkan,menyelaraskan dan menggalakkan semua aktiviti yang berhubungan dengan penanaman, pemprosesan, penyelidikan, pergerakan, penyimpanan, penggredan, pemasaran, pengeksportan dan pengimportan kenaf dan keluaran kenaf termasuk untuk mengawalselia harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu kenaf boleh dijual selain untuk dieksport;
  • Membuat peraturan bagi semua aktiviti yang berhubungan dengan penanaman, pemprosesan, penyelidikan, pergerakan, penyimpanan, penggredan, pemasaran dan keluaran kenaf;  
  • Untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah ke arah mencapai suatu kualiti yang tinggi bagi kenaf, keluaran kenaf atau tembakau;
  • Untuk menimbangkan, menggalakkan dan mengambil langkah-langkah bagi membangunkan aktiviti ekonomi bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau;
  • Untuk merancang dan melaksanakan program latihan dan pembangunan sumber manusia selaras dengan keperluan industri kenaf dan industri tembakau; dan
  • Untuk menyiarkan atau menaja penyiaran jurnal, penerbitan berkala, buku kecil dan penerbitan lain dan untuk mengumpul, menyemak dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan kenaf, tembakau dan aktiviti ekonomi yang lain.
 

Objektif

  • Untuk menggalak dan membangunkan industri kenaf;
  • Untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur;
  • Untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaras semua aktiviti yang berhubungan dengan industri tembakau;dan
  • Untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf dan tembakau.
Penafian    Dasar Keselamatan    Dasar Privasi    Bantuan Pengguna    Soalan Lazim    Log Masuk
Hakcipta Terpelihara © 2014 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: +609-766 8000 | Faksimili: +609-766 8071 | Emel: admin[@]lktn.gov.my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar dengan resolusi 1024 x 768 piksel.
Tarikh Kemaskini:
20/08/2018