Lembaga Kenaf & Tembakau Negara - Berita/Pengumuman http://lktn.gov.my Mon, 20 Aug 2018 10:42:06 +0800 Open Source Excellence RSS Feeder en-gb Program Kibar Jalur Gemilang 2018 http://lktn.gov.my/index.php/my/arkib/berita-pengumuman/634-program-kibar-jalur-gemilang-2018 http://lktn.gov.my/index.php/my/arkib/berita-pengumuman/634-program-kibar-jalur-gemilang-2018

Program Kibar Jalur Gemilang LKTN telah diadakan pada 19 Ogos 2018 di Dataran Kenaf, Kubang Kerian, Kelantan. Program ini diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan 2018. Antara pengisian program ini adalah Sihat Cergas Merdeka, Ceramah Kemerdekaan dan Pertandingan Deklamasi Sajak & Syair Kemerdekaan dan Pelepasan Kibar Jalur Gemilang oleh Tuan Ketua Pengarah. Program berakhir pada pukul 2.00 petang. Sayangi Malaysiaku!

]]>
admin@lktn.gov.my (Norhana) Mon, 20 Aug 2018 09:14:41 +0800
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) http://lktn.gov.my/index.php/my/arkib/berita-pengumuman/395-lembaga-kenaf-dan-tembakau-negara-lktn http://lktn.gov.my/index.php/my/arkib/berita-pengumuman/395-lembaga-kenaf-dan-tembakau-negara-lktn

 Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah dikuatkuasakan pada 1 April 2010 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan industri tembakau. Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran LTN yang digantikan dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Akta 692 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan tembakau, membubarkan Lembaga Tembakau Negara dan mengadakan peraturan bagi perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya.

]]>
admin@lktn.gov.my (Norhana) Sun, 06 Dec 2015 09:58:05 +0800